Melanggan perkhidmatan TM Unifi adalah suatu pengalaman yang premium bagi heavy downloader, online gamers dan penggemar tegar facebook. Namun sebelum melanggan anda perlu tahu kos dan perkara berkaitan yang akan anda dikenakan sepanjang proses pemasangan dan selepas pemasangan Unifi.

  1. Sebaik sahaja anda melanggan Unifi, anda akan terikat dengan kontrak selama 2 tahun. Kalau nak terminate sebelum kontrak habis bayaran RM500 dikenakan . Wow 500 ratus tuu !!
  2. Jika premis anda bertingkat-tingkat tingginya dan connection sebelum ni menggunakan copper (maksudnya ada Streamyx la sebelum ni) kena terminate la dulu Stremyx tu yer.
  3. Semasa pemasangan dibuat pemegang akaun Unifi hendaklah berada di premis. Untuk pengguna Apartment atau Condo,anda mestilah menghubungi pihak Pengurusan apartment anda untuk kerja-kerja pemasangan ataupun akses ke bilik kabel.
  4. Pihak TM akan buat sedikit drilling kat rumah anda  untuk pemasangan Fiber, so redha jer la yer kalau berlubang sikit for the sake of internet laju.
  5. Setelah selesai pemasangan, Triple Play Service (Internet, Telefon and TV) hendaklah diaktifkan. So pemasangan separuh-separuh tak dibenarkan.
  6. Anda perlu tahu Unifi adalah wired broadband,maksudnya talian Internet berkabel. Dan talian WiFi yang diaktifkan melalui router adalah mempunyai hadnya yang tersendiri seperti jarak, kadar blocking dinding dan sebagainya.
  7. Yuran pemasangan adalah termasuk untuk kabel fiber dari luar hingga ke dalam dengan maksimum 15 meter, kabel Ethernet 15 meter (kabel LAN la tu),dan 30 meter untuk kabel raceway. Kalau lebih paham-paham lah mesti kena charge punyer, tengoklah dalam bil Unifi tu nanti. hehe..
  8. Untuk pemasan sperti nak pasang atas siling rumah, underground, yang tu kalau nak amik kontraktor sendiri pun boleh ataupun amik kontraktor yang diiktiraf TM,boleh consult ngan pihak TM la.
  9. Untuk Bil bulanan, boleh pilih sama ada Bil secara online atau pun macam biasa pakai Pos,ada sedikit charge bulanan untuk Bil bercetak ni yer.
  10. Akhir sekali,segala peralatan TM yang dipasang dirumah anda warantinya selama 12 bulan. Kalau nak rosak pun berdoalah dalam 12 bulan ni la hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...