Warning: Missing argument 2 for wpdb::prepare(), called in /home/myotomart/domains/myceloteh.com/public_html/wp-content/themes/gonzo/includes/widget_areas.php on line 154 and defined in /home/myotomart/domains/myceloteh.com/public_html/wp-includes/wp-db.php on line 1147
Promosi Terhad : Beli Dell XPS 13, Percuma Yes Go Dongle | MyCeloteh.Com



Notebook dell-xps-13-ultrabook

Published on March 24th, 2012 | by Mohd Ghufran

0

Promosi Terhad : Beli Dell XPS 13, Percuma Yes Go Dongle

Walaupun Dell XPS 13 sudah terdapat di pasaran sejak seminggu yang lalu, pelancaran  rasmi Dell XPS 13 Ultrabook hanya berlaku semalam di Aquaria KLCC. Walaupun pihak kami sudah membuat ulasan secara ringkas spesifikasi teknikal dan harga minggu lalu, pelancaran rasmi mengumumkan beberapa info baru tentang pelancaran Dell XPS 13 di negara ini.

Gambar : Kredit untuk Syefri Zulkifli Lowyat.net

Bersempena dengan pelancaran ini, Dell Malaysia telah bekerjasama dengan YTL Communications untuk menawarkan kepada 1000 penerima awal Dell XPS 13, pakej YES 4G prabayar yang didatangkan dengan  YES GO dongle USB 4G 3.5GB data yang bernilai RM217 secara PERCUMA. Di samping itu, 50 pembeli pertama yang Dell XPS 13 dengan pemproses Intel Core i5 juga akan menerima RM 500 baucar petrol dan pada masa yang sama RM 1000 baucer bernilai akan diberikan kepada 50 pembeli pertama Intel Core i7 .


Pembeli Dell XPS 13 juga layak untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah yang menawarkan perjalanan ke Marina Bay Sands yang terkenal di Singapura secara percuma. Untuk pengetahuan anda, semua Dell XPS 13 datang standard dengan Perkhidmatan Premier XPS yang termasuk 1 tahun perkhidmatan servis dan sokongan di premis anda.

Dell XPS 13 Ultrabook dijual pada harga RM 3499 dengan pemproses 1.60GHz Intel Core i5-2467M dan RM 4899 dengan pemproses 1.70GHz Intel Core i7-2637M. Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh melawat  www.dell.com.my/xps13.

Terus setia dengan MyCeloteh untuk review lebih lanjut mengenai Dell XPS 13 Ultrabook ini.

Tags: , ,


About the Author

is a founder of MyCeloteh.com.Worked as RF Engineer at ZTE (Malaysia) Corporation. His expertise in RF Optimization mainly in WiMAX Technology.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Back to Top ↑