Pelbagai laporan dari pemilik iPhone 5 melaporkan bahawa iPhone 5 yang baru ini adalah mudah untuk bengkok bahkan ada juga yang sudah bengkok semasa ia masih di dalam kotak. IPhone 5 yang baru ini lebih nipis dan didatangkan dengan bingkai aluminium yang membuatkan anda tertanya-tanya adakah ini sangat kuat. Austintylerl berkata pada forum MacRumors “Terdapat retak di atas butang penguat suara pada bingkai aluminium. Telefon ini bengkok semasa ia di dalam poket depan saya dan telefon saya tidak pernah jatuh, terhentak, terduduk di atasnya dan bermacam lagi, adakah orang lain mempunyai nasib yang sedemikian?”. Selain itu terdapat juga pemilik iPhone 5 mendakwa mereka mendapat iPhone 5 yang sudah bengkok semasa ia masih di dalam kotak.

“Saya menerima iphone 5 yang baru dari Verizon pada hari Sabtu yang lepas dan apabila kotak dibuka saya dapati iPhone 5 itu sudah bengkok dan butang penguat suara telah tersekat.” Beliau juga berkata bahawa Apple Store di Akron Ohio berkata bahawa mereka tidak akan menggantikannya dan menuduhnya merosakkan sendiri telefon itu”.

Adakah ini pernah berlaku pada anda?. Sebaiknya para pengguna iPhone 5 janganlah meletakan telefon anda di dalam poket jika seluar anda agak ketat kerana boleh merosakan iphone anda. Mari lihat gambar di bawah: