ps2

PS 2 DI TAMATKAN SELEPAS 12 TAHUN DI PASARAN !!!

Perkakasan pertama telah dijual pada Mac 2000 di Jepun dan sejak itu lebih daripada 150 juta konsol PS2 telah dijual. PS2 adalah begitu popular dimana ia masih di jual walaupun PS3 telah berada di pasaran selama 3 tahun. Dengan berakhirnya pengeluaran PS2 ini, Sony telah menguatkan lagi khabar angin dimana mereka menjurus ke arah pembuatan PlayStation 4.

Walaupun Sony menamatkan pengeluaran di Jepun ini tidak bermakna tiada permainan akan dikeluarkan untuk PS2.

Sebagai contoh, satu lagi pengeluran siri Final Fantasy, dipanggil Seekers of Adoulin dijangka akan dikeluarkan pada Mac 2013. Secara keseluruhan, kira-kira 11,000 permainan dipercayai telah dibuat untuk PS2 sepanjang jangka hayatnya selama 12 tahun.

Sebuah website permainan dan hiburan di Jepun iaitu Famitsu telah melaporkan bahawa Sony telah memberitahu semua peruncit di seluruh negara bahawa ia tidak akan mengeluarkan apa-apa lagi PS2 untuk jualan di kedai-kedai.

Walaupun khabar angin bahawa Sony akan membuat pengumuman tentang PS4 pada pertengahan 2013, firma itu telah tidak diberikan apa-apa maklumat rasmi spesifikasi perkakasan mahupun tarikh peranti baru itu akan dikeluarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>