Console ps_baru4

Published on December 21st, 2013 | by Chai

0

PLAYSTATION 4 TELAH DILANCARKAN !!!

Perhatian kepada semua gamers!!! Syarikat teknologi gergasi dari Jepun iaitu Sony telah melancarkan konsol terbaru mereka iaitu Playstation 4 di suatu majlis di New York.

Keluaran konsol terbaru Playstation 4 ini akan di kuasakan oleh X86 CPU yang di pertingkatkan lagi dengan PC GPU dan storan memori dalaman sebanyak 8GB. Di samping itu juga, ciri-ciri baru telah diperkenalkan di mana alat kawalan yang baru diberi nama DUAL SHOCK 4 dimana mempunyai papan sesentuh dan juga bar sensor. Bar sensor ini berfungsi untuk berinteraksi bersama dengan kamera sensor pegerakan untuk mengenalpasti pemaian yang menggunakan kewalan pegerakan.

Dari segi harga, kami tidak memperoleh apa-apa info kerana semasa pelancaran Sony tidak menyatakan berapakah harga bagi sebuah konsol, tetapi Sony hanya menyatakan waktu yang dijangka PS4 akan dilancarkan adalah pada “Holiday 2013″.

Kelebihan yang terdapat pada PS4 adalah, ia boleh mengurangkan penggunaan kuasa sendirinya kepada kuasa yang paling minimum dimana dapat mengawal game yang sedang di proses. Selain itu, chip yang kedua dapat berfungsi untuk memuat turun latar belakang dimana membolehkan anda mula bermain game sebelum ia siap dimuat turun.

Antara muka yang baru membolehkan anda membuat klip video dan menonton permaianan apa yang dimainkan oleh rakan anda secara langsung melaui streaming, menghantar pesanan atau mengambil alih permainan untuk membantu mereka. Kelebihan ini juga terdapat di dalam aplikasi seperti telefon pintar, tablet dan juga PlayStation Vita.

Tags: , ,


About the Author



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Back to Top ↑