Sony akan melancarkan konsol permainan generasi akan datang iaitu PlayStation 4 yang akan dilancarkan pada bulan ini. Syarikat teknologi gergasi dari Jepun ini telah menghantar jemputan ke majlis pelancaran di bandar New York pada 20 Febuari ini.

Walaubagaimanapun, daripada video dibawah ini yang di hasilkan oleh Sony sendiri byk mendedahkan ciri-ciri yang terdapat pada PS4 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Sony juga telah memaparkan tweet mereka di laman rasmi mereka menjemput orang ramai hadir ke majlis mereka untuk melihat sendiri teknologi yang mereka akan bawakan.

Sememangnya video dan tweet yang di hantar oleh Sony kepada media gaming dan juga blogger menunjukan satu keyakinan bahawa pelancaran PS4 akan dilakukan. Selain itu, juru cakap Sony telah memberitahu kepada Reuters bahawa pada majlis ini mereka akan hanya bercakap mengenai perniagaan Playstation.

Jadi kepada semua peminat permainan konsol nantikan 20 Febuari ini dan saksikan sendiri kelebihan dan kelainan yang terdapat di dalam PS4.