Pada tahun 2011 kita di kejutkan dengan Samsung Galaxy Note yang mempunyai skrin 5.3 inci dimana skrin yang terbesar di dalam golongan telefon pintar. Selain itu, telefon ini juga di datangkan dengan perisian Android yang amat lancar dan mengkagumkan.

Samsung bagaimanapun telah berjanji ia sebenarnya akan membawa kemaskini kepada peranti Galaxy Note dan kini janji mereka semakin hampir untuk di kotakan. Mengapa? Ini kerana syarikat Samsung telah menerbitkan manual untuk Android 4.1 Jelly Bean di laman web rasmi mereka dan sudah pastinya kemas kini terbaru ini akan boleh di perolehi. Ini adalah satu petanda baik kepada pengguna Galaxy Note daripada Samsung.

Kemas kini Android 4.1.2 kepada peranti yang dibina pada tahun 2011 seperti Galaxy Note dan Galaxy SII akan mula boleh di perolehi diantara Januari – Febuari