Jika anda peminat telefon pintar jenama LG pastinya kehadiran LG Optimus G Pro amat di nantikan. Tarikh pelancaran bagi telefon pintar LG ini masih belum di tentukan. Optimus G Pro ini mempunyai mirip seperti Galaxy Note 2.

Buat masa sekarang LG hanya memberi video demo telefon mereka mengenai Smart Video yang mana boleh mengenal pasti mata pengguna apabila pengguna melihat ke arah lain dengan menggunakan ” eye tracking technology”, mempunyai 2 kamera depan dan belakang yang boleh berfungsi secara serentak dan “Pause & Stop” rakaman yang mana anda boleh memotong bahagian video yang anda tidak mahu.

Lihat video dibawah dan anda alami sendiri kehebatan LG Optimus G pro ini dan kami pasti ini adalah di antara telefon pintar yang dapat menyaingi Samsung Galaxy S4.